saya rasa pasti anda pernah terasa ingin berniaga..
di kesempatan ini saya selitkan sedikit kisah saya
yang pernah bekerja makan gaji suatu masa dahulu..
pada masa itu kesalahan saya sangat kecil dan boleh
di katakan itu bukan kesalahan kerana saya hanya
pergi ke tandas beberapa minit dan saya tahu saya
hanya tidak sampai 5minit pun tapi saya di MAKI
seperti seorang hamba@pengemis..
sedikit perkataan yang saya masih ingat dan kerana
itulah saya bertekad hendak berniaga dan tidak mahu
lagi bekerja makan gaji lagi..
majikan: ko pegi mane tadi?
saya : saya pergi tandas bos..
majikan: pergi tandas tak kan sampai
berjam-jam?
saya : saya pergi tandas tak sampai 5 minitpun
bos,mana ada saya pergi lama-lama..
majikan:ko fikir guna akal ko sikit,kalau seorang
pergi ke tandas 5minit,macam mana kalau 10 orang
yang pergi?da 50minit ko tau tak..
ko nak kerja ke tak nak?kalau taknak ko pergi
balik je..ko ingat aku bayar gaji ko untuk pergi
tandas ke?
saya : saya mintak maaf
majikan: apa maaf2.ko ingat dangan maaf ko dapat
balik ke masa ko tandas tadi?
aku rugilah kalau hari-hari macam nie..
da untung aku bagi ko kerja ni..kalau aku
tak ajak ko kerja ni mesti ko da mati kebulur..
untuk pengetahuan pembaca, saya bekerja di sektor
pembinaan dan kerja saya seperti membuat rumah dan
sebagainya..
ayat-ayat yang terkeluar daripada mulut majikan saya tadi
ibarat pisau yang mencincang hati saya..adakah RM50 gaji
saya untuk hari,saya di perlakukan sebegitu?
selepas kejadian itu saya terus menuntut gaji saya dan
dan berhenti..
masih saya ingat masa mula-mula bos saya mengajak
saya bekerja bersamanya dengan ayat yang cukup manis
seperti ini:
majiakn: aku ada dapat projek buat rumah ni tapi
aku tak ada orang nak kejelah..jom lah tolang aku..
saya : aku ada kerjalah..tak sempat
majikan:tolonglah..
saya :aku da tak laratlah nak keje kontrak ni..aku
tak tahan kalau da panas sangat..
majikan:takpe,kalau ko penat nanti ko duduklah dulu.
sayapun setuju dan bos saya mintak tolong carikan orang lagi,
saya carikan dan dapatlah lagi sembilan (9) orang tetapi malangnya
selepas 2 tahun saya berkerja,bagini pula jadinya..bila da senang
dia lupa daratan..
selepas saya berhenti,kawan-kawan saya semua berhenti..
kemudian bos saya di denda kerana projeknya terbengkalai..
soalannya patutkah majikan-majikan ini memarah dan memaki
pekerja sesuka hati?
selepas kejadian itu sayapun berniaga menjual air dan kuih-muih
di tepi jalan..alhamdullillah pedapatan lebih daripada gaji saya
sebelum ini..
bagi pendapat saya lebih baik berniaga walaupun hany kecil-kecilan
tapi yang penting rezeki yang di perolehi halal..untuk apa saya bekerja
makan gaji jika tekanan yang di hadapi lebih daripada penat bekerja
sebab itulah saya saya bertekad berniaga walaupun perniagaan saya
kecil..dengan sedikit duit simpanan itulah saya gunakan untuk membeli
payung,bekas air dan sebagainya..
Cari Blog Ini
Khamis, 4 Julai 2013
Selasa, 2 Julai 2013
tips peniagaan online@internet
di sini saya ada beberapa tips untuk anda berniaga
atas talian( online )..marilah kita sama-sama manfaatkan
tips2 yang saya akan berikan pada anda..
atas talian( online )..marilah kita sama-sama manfaatkan
tips2 yang saya akan berikan pada anda..
Kali ini, saya kongsikan10 tips untuk capai impian dalam bidang internet… masih belum terlewat untuk mencapai azam tahun ini!
- Menulis Impian anda : Sebaik-baiknya ulangi menulis impian anda dan jika nak lagi best boleh tulis pada whiteboard supaya anda jadikan sebagai rujukan walaupun anda baru bangun dari tidur.
- Jelas dengan impian yang dirancang : Mengetahui faedah-faedah yang akan anda perolehi sekiranya anda berjaya kecapi impian anda.
- Perniagaan internet yang ingin dijalankan : Buat permulaan,Tetapkan bidang/industri yang ingin diceburi, contohnya dalam bidang kesihatan
- Research: Mulakan mencari info berkenaan minat dan tumpuan orang ramai dalam industri yang kita pilih.
- Produk dan Perkhidmatan : Ambil berat pada dua perkara ini ketika anda research info
- Niche market: Beri fokus pada skop yang lebih kecil dalam bidang yang dipilih pada (tip no.3)
- Minat dan pengalaman : Satu kelebihan sekiranya anda berlatar belakangkan dari industri yang anda pilih.
- Supplier : Hubungi syarikat yang dapat menyediakan produk ataupun perkhidmatan dalam industri yang anda ingin ceburi.
- Media sosial : Jadikan laman social yang wujud sebagai medium untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda, kebiasaannya tidak dikenakan cas untuk pendaftaran.
- Pengiklanan : Kenalkan prospek dengan Mulakan pemasaran pada pengunjung internet dengan memasarkan produk atau perkhidmatan dengan cara peiklanan.
Tip-tip yang dikongsi adalah asas perniagaan di internet dan boleh dijadikan sebagai titik permulaan untuk anda capai impian dalam bidang internet dengan mulakannya pada hari ini juga. Teruskan melakukannya, untuk mengekalkan momentum untuk mencapai impian anda yang akan terhasil tidak lama lagi dalam bidang internet.
Ahad, 30 Jun 2013
tips memulakan perniagaan
Faktor-faktor Yang Dipertimbangkan Apabila Memulakan Perniagaan
Modal
Usahawan mesti mempunyai modal yang cukup untuk memulakan dan menjalankan perniagaan.
Jumlah modal yang diperlukan bergantung kepada saiz dan jenis perniagaan, lokasi perniagaan, dan jumlah kredit yang hendak diberikan kepada para pelanggan.
Modal boleh datang daripada simpanan sendiri atau pinjaman daripada sahabat handai atau sanak saudara ataupun dari bank. Bagi mendapatkan pinjaman bank, satu kertas kerja perlu disediakan untuk meyakinkan pihak bank tentang kemampuan membayar balik pinjaman.
Lokasi (Tempat Perniagaan)
Usahawan mesti bijak memilih lokasi yang strategik atau sesuai bagi menjamin kejayaan perniagaan. Perniagaan harus diletakkan di tempat yang mempunyai daya kuasa beli yang tinggi dan kurang persaingan.
Pemilihan lokasi juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti modal, kos sewa, persaingan, kemudahan infrastruktur, undang-undang dan lain-lain.
Minat, pengetahuan dan pengalaman
Usahawan mesti mempunyai minat dalam perniagaan. Minat itu mestilah berkekalan dan bukan sekadar sementara waktu sahaja. Jika tidak, perniagaannya susah untuk dijalankan.
Usahawan juga perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan yang akan diceburinya. Contohnya, jika dia hendak membuka kedai pakaian, dia mesti tahu dari mana untuk mendapatkan stok pakaian itu.
Usahawan juga harus memperoleh pengetahuan dan pengalaman mengenai selok-belok pengurusan, mengurus wang, stok, masa, melayan pelanggan, menyimpan rekod dan akaun- serta lain-lain lagi.
Pengalaman boleh diperoleh dengan cara bekerja, sebagai pembantu dalam bidang perniagaan yang berkenaan.
Pengetahuan boleh diperoleh dengan belajar di sekolah, maktab atau universiti, membaca buku-buku yang berkenaan, mengikut kursus perniagaan, bertanya, berbincang dan memerhati peniaga-peniaga lain menjalankan perniagaan mereka.
Jenis dan saiz perniagaan
Usahawan mesti menentukan jenis dan saiz perniagaan yang hendak dijalankan. Jenis perniagaan hendaklah bersesuaian dengan kebolehan, pengetahuan dan pengalamannya.
Saiz perniagaan hendaklah juga bersesuaian dengan modal yang ada, kebolehan, pengalaman dan pengetahuan untuk mengawal dan mengurus perniagaan itu. Saiz perniagaan yang kecil mudah dimulakan serta diurus. Perniagaan secara besar-besaran memerlukan modal yang besar dan tidak begitu mudah dikendalikan.
Persaingan
Usahawan juga mesti memikirkan tentang persaingan yang akan dihadapinya. Kajian perlu dibuat untuk mengenal pasti pesaing-pesaing, bilangannya, saiz perniagaan mereka, kekuatan dan kelemahan mereka dan sambutan para pelanggan terhadap perniagaan mereka.
Membuka perniagaan di tempat yang banyak mempunyai persaingan tentu tidak akan dapat menarik ramai pelanggan pada mulanya. Tetapi jika usahawan dapat memberi layanan yang lebih baik, pelbagai pilihan barang, harga yang berpatutan dan perkhidmatan selepas jualan yang memuaskan banyak pelanggan akan tertarik untuk kekedainya.
Bagaimanapun usahawan perlu mengadakan rancangan dan ikhtiar yang rapi dan bernas untuk mengatasi para pesaing.
Undang-undang dan peraturan
Usahawan mesti mengetahui undang-undang, peraturan-peraturan serta akta-akta yang mengawal perjalanan perniagaan dalam negara kita agar tidak melanggar undang-undang, peraturan, atau akta yang boleh menghalang perjalanan perniagaan.
Pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Tempatan, Majlis Bandaran atau Dewan Bandar Raya telah menetapkan jenis-jenis perniagaan yang boleh dijalankan di kawasan-kawasan tertentu serta jenis lesen yang diperlukan. Usahawan mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Di samping itu, semua perniagaan mesti didaftarkan dengan pihak-pihak tertentu kecuali penjaja bergerai yanng hanya perlu mendapatkan lesen menjaja daripada pihak berkuasa tempatan.
Usahawan juga mesti mematuhi berbagi-bagai akta seperti Akta Perihal Dagangan, Akta Kawalan Harga, Akta Kawalan Bekalan dan lain-lain.
Sumber bekalan
Usahawan perlu mengetahui tempat-tempat di mana ia mendapat bekalan barang-barang dengan seberapa murah dan mudah.
Usahawan harus tahu pembekal mana yang dapat menawarkan diskaun dan kredit yang lebih baik.
Memulakan Sendiri
Seseorang boleh memulakan perniagaan sendiri jika ia mempunyai keyakinan dan kebolehan tentu ia akan berjaya. Untuk memulakan perniagaan sendiri, ia hanya perlu memastikan kewujudan perkara-perkara berikut :-
Pengalaman dan pengetahuan
Minat yang berterusan
Modal yang mencukupi
Punca bekalannya
Peraturan dan undang-undang tempatan
Jenis perniagaan yang ingin dijalankan
Lokasi perniagaan
Ramai pelanggan dan usahawan yang berjaya pada hari ini telah memulakan kegiatan perniagaan dengan sendiri.
Ambil Alih
Satu lagi cara untuk memulakan perniagaan ialah dengan mengambil alih atau bergabung. Ia bermaksud sebuah perniagaan yang sedang maju membeli atau bergabung dengan sebuah perniagaan yang lain dan mengambil alih pengurusannya. Di sini perkembangan perniagaan berlaku dengan cepat.

Apabila seseorang peniaga mengambil alih atau bergabung dengan sesuatu perniagaan, ia seharusnya menggunakan pengalaman dan pengetahuannya untuk :-
merundingkan harga yang terbaik
mendapatkan syarat-syarat bergabung atau ambil alih yang baik dari penjual.
Faktor-faktor yang dipertimbangkan apabila mengambil alih perniagaan
Kewangan perniagaan
Pada asasnya proses mengambil alih perniagaan lain perlulah mengambil kira langkah-langkah seperti membuat kajian awal untuk menilai kedudukan kewangan dan kadar keuntungan di samping meneliti dan memeriksa setiap butir kewangan yang disediakan oleh pemilik. Ia bertujuan memastikan kewangan perniagaan yang diambil adalah kukuh. Kajian juga termasuk mengkaji aset perniagaan yang ada seperti premis, lengkapan dan perabot agar mempunyai nilai semasa yang baik. Di samping itu, liabiliti perniagaan seperti pinjaman dan pemiutang juga perlu diketahui agar tidak menanggung beban hutang yang tinggi.
Faedah yang dinikmati
Kajian tentang kelebihan-kelebihan yang boleh didapati jika mengambil alih perniagaan tersebut juga perlu diambilkira, umpamanya dapat memiliki teknologi dan kepakaran yang ada. Begitu juga dengan aset seperti tanah dan bangunan yang boleh dimajukan untuk perkembangan masa hadapan. Bahagian pasaran yang telah dikuasai turut dinikmati dan pelanggan perniagaan dapat dikuasai.
Masalah yang dihadapi
Masalah-masalah yang dihadapi oleh perniagaan tersebut yang menyebabkan pemiliknya ingin menjualnya juga harus diambilkira untuk dikaji. Ini bertujuan supaya kita dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dan menjadikannya sebuah perniagaan yang menguntungkan. Contohnya, jika perniagaan tersebut menghadapi persaingan yang hebat, kenalpasti pesaing tersebut dan kaji kelemahan yang ada untuk mengatasi persaingan.
Potensi berkembang
Masa hadapan perniagaan tersebut hendaklah dikaji samada ianya berpotensi untuk berkembang maju lagi. Kajian masa hadapan ini boleh dilakukan dengan melihat statistik-statistik serta keadaan pasaran semasa. Umpamanya, perkhidmatan bas mini di kawasan Shah Alam diadakan berdasarkan kepada banyaknya kawasan perumahan dan perindustrian yang telah didirikan di mana terdapatnya banyak permintaan untuk perkhidmatan tersebut. Beberapa tahun yang lepas ia tidak diadakan kerana perkembangan dan pembangunan kawasan tersebut masih dalam perancangan.
Persaingan yang akan dihadapi
Persaingan yang akan dihadapi juga diambil kira. Buat kajian dan kenalpasti pesaing yang wujud. Kaji kelemahan dan kekuatan pesaing tersebut supaya kita boleh mengatur rancangan atau strategi untuk mengatasinya. Contohnya, jika pesaing mempunyai kepakaran tertentu,cuba pelajari kepakaran tersebut atau dapatkan kepakaran orang lain sebagai rakan kongsi atau diambil sebagai rakan kongsi atau diambil bekerja.
Minat dan kecenderungan yang ada
Minat dan kecenderungan semula jadi perlu ada apabila ingin mengambil alih perniagaan. Tanpa minat dan kecenderungan ini, sudah tentu apa yang dilakukan nanti tidak sampai ketahap yang dikehendaki. Minat dan kecenderungan merupakan asas bagi memulakan sesuatu perniagaan, oleh itu pastikan ianya wujud di hati kita.
Warisan
Jenis perniagaan ini biasanya kukuh dan telah lama wujud dalam perniagaan.
Diundang
Diundang bermaksud perniagaan yang kekal dan sudah wujud mengundang seseorang @ sesebuah syarikat untuk menjadi rakan kongsi @ bergabung dengan syarikat induk. Individu @ syarikat ini diundang kerana potensi yang ada padanya dan prestasi individu tersebut @ syarikat tersebut amat baik.
di harap bermanfaat
Sabtu, 29 Jun 2013
duit tanpa modal
di sini saya ada sedikit tips untuk anda buat duit di internet
tanpe menggunakan sebarang modal( duit ) tetapi anda
masih mampu menjana pendapatan..pendatapat yang saya
dedahkan ini bukanlah dalam jumlah yang banyak dan
ini boleh di katakan hanya untuk suka2 sahaja..
anda hanya perlu komputer dan network, kemudian
anda cari laman web yang menawarkan program
kajiselidik( survey ) dan daftar di laman-laman web
tersebut,.sebagai contoh anda daftar di ipanel.com
dan mereka akan memberi anda mata ganjaran yang
boleh di tebus menjadi wang ringgit..
jumlah memang sedikit tetapi bagi saya ia berbaloi
kerana saya menjawap semua survey hanya beberapa
minit dan setiap hari pasti ada survey baru untuk saya.
walaupun hanya lebih kurang 400 mata( rm 4.00 )
1 hari dan pihak penganjur memberi setiap hari,jika
di kalikan sebulan rm4 x 30= rm 120.00..
adakah itu tidak cukup?
saya tahu ia memang tidak cukup untuk menanpung
kehidupan kita pada masa ini kerana kos sara hidup
sekarang memang sangat tinggi tetapi ia dapat membantu
anda membayar bil internet dan mungkin juga boleh
di gunakan untuk mengisi minyak kereta anda,,
yang paling saya suka tentang program ini adalah
saya tidak perlu keluarkan duit walaupun 1sen.
saya hanya menjawap kajiseledik ini apabila
saya ada masa lapang saya sahaja..pihak ipanel tidak
pernah memaksa kita untuk menjawap semua survey mereka..
fikirkanlan...
berapa jam anda melanyari internet dalam masa 1 hari?
seperti facebook.tweter.google dan macam-macam lagi,
berapa banyak yang anda dapat duit dangan melayari
laman-laman web seperti itu?jika anda luangkan beberapa
minit di ipanel.com.. anda pasti berjaya mendapat sedikit wang
daripada internet..
sekadar perkongsian

Jumaat, 28 Jun 2013
perniagaan online tanpa modal
bagaimana mulakan perniagaan online?
jawapanya adalah anda perlu menjadi ahli dropship
atau menjadi affiliate dengan cara mendaftar di laman-laman
web seperti jomniaga.com,nuffnang dan banyak lagi
laman-laman web yang yang menawarkan perhikmatan
seperti itu..
apakah kebaikan menyerti program seperti ini?
kebaikan adalah anda tidak perlu menyimpan stok produk
dan anda tidak perlu melayan oder2 daripada pelanggan anda
kerana semuanya akan di uruskan oleh pihak penganjur..anda
hanya perlu mempromosi produk yang di berikan pada anda di
blog2 atau website anda..
berapa mereka akan bayar saya?
kebisaanya mereka akan memberi anda komisen melalui
2 sistem..yang pertama adalah per klik yang ke 2 adalah
per pembelian..pihak penganjur akan memberi tahu berapa
mereka akan membayar anda apabila mempromosikan
iklan mereka..
nampak menarik,apa yang perlu saya lakukan?
anda hanya perlu memdaftar di laman-laman
web yang ada menganjurkan program seperti
yang saya sebutkan di atas tadi tapi anda perlu
siasat dahulu laman2 web seperti itu kerana
yang menipu,anda bersusah payah menjual
produk mereka tetapi mereka tidak membayar seperti
yang di janjikan dan yang paling teruk mereka langsung
tidak membayar anda walaupun 1sen..
anda jangan fikir ianya mudah kerana kadang-kadang
anda langsung tidak dapat membuat jualan dan bila anda
periksa baki akaun anda seperti ini RM0.00..
nasihat saya, anda perlu berusaha sehingga anda berjaya
membuat pelanggan anda membeli produk yang anda
iklan..
sekatat itu sahaja untuk kali ini..
di harap bermanfaat..

Rabu, 26 Jun 2013
berjaya dalam perniagaan internet
untuk berjaya dalam perniagaan internet memang susah jika tidak kene pada caranya tapi telah
ramai yang telah berjaya...jika anda ingin tahu cara caranya silalah klik sini
ramai yang telah berjaya...jika anda ingin tahu cara caranya silalah klik sini
Langgan:
Catatan (Atom)