saya rasa pasti anda pernah terasa ingin berniaga..
di kesempatan ini saya selitkan sedikit kisah saya
yang pernah bekerja makan gaji suatu masa dahulu..
pada masa itu kesalahan saya sangat kecil dan boleh
di katakan itu bukan kesalahan kerana saya hanya
pergi ke tandas beberapa minit dan saya tahu saya
hanya tidak sampai 5minit pun tapi saya di MAKI
seperti seorang hamba@pengemis..
sedikit perkataan yang saya masih ingat dan kerana
itulah saya bertekad hendak berniaga dan tidak mahu
lagi bekerja makan gaji lagi..
majikan: ko pegi mane tadi?
saya : saya pergi tandas bos..
majikan: pergi tandas tak kan sampai
berjam-jam?
saya : saya pergi tandas tak sampai 5 minitpun
bos,mana ada saya pergi lama-lama..
majikan:ko fikir guna akal ko sikit,kalau seorang
pergi ke tandas 5minit,macam mana kalau 10 orang
yang pergi?da 50minit ko tau tak..
ko nak kerja ke tak nak?kalau taknak ko pergi
balik je..ko ingat aku bayar gaji ko untuk pergi
tandas ke?
saya : saya mintak maaf
majikan: apa maaf2.ko ingat dangan maaf ko dapat
balik ke masa ko tandas tadi?
aku rugilah kalau hari-hari macam nie..
da untung aku bagi ko kerja ni..kalau aku
tak ajak ko kerja ni mesti ko da mati kebulur..
untuk pengetahuan pembaca, saya bekerja di sektor
pembinaan dan kerja saya seperti membuat rumah dan
sebagainya..
ayat-ayat yang terkeluar daripada mulut majikan saya tadi
ibarat pisau yang mencincang hati saya..adakah RM50 gaji
saya untuk hari,saya di perlakukan sebegitu?
selepas kejadian itu saya terus menuntut gaji saya dan
dan berhenti..
masih saya ingat masa mula-mula bos saya mengajak
saya bekerja bersamanya dengan ayat yang cukup manis
seperti ini:
majiakn: aku ada dapat projek buat rumah ni tapi
aku tak ada orang nak kejelah..jom lah tolang aku..
saya : aku ada kerjalah..tak sempat
majikan:tolonglah..
saya :aku da tak laratlah nak keje kontrak ni..aku
tak tahan kalau da panas sangat..
majikan:takpe,kalau ko penat nanti ko duduklah dulu.
sayapun setuju dan bos saya mintak tolong carikan orang lagi,
saya carikan dan dapatlah lagi sembilan (9) orang tetapi malangnya
selepas 2 tahun saya berkerja,bagini pula jadinya..bila da senang
dia lupa daratan..
selepas saya berhenti,kawan-kawan saya semua berhenti..
kemudian bos saya di denda kerana projeknya terbengkalai..
soalannya patutkah majikan-majikan ini memarah dan memaki
pekerja sesuka hati?
selepas kejadian itu sayapun berniaga menjual air dan kuih-muih
di tepi jalan..alhamdullillah pedapatan lebih daripada gaji saya
sebelum ini..
bagi pendapat saya lebih baik berniaga walaupun hany kecil-kecilan
tapi yang penting rezeki yang di perolehi halal..untuk apa saya bekerja
makan gaji jika tekanan yang di hadapi lebih daripada penat bekerja
sebab itulah saya saya bertekad berniaga walaupun perniagaan saya
kecil..dengan sedikit duit simpanan itulah saya gunakan untuk membeli
payung,bekas air dan sebagainya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan